Sunday, April 1, 2012

Rindu KSKB !!

Syukur aku kehadrat Allah swt.. Masuk hari ni dah 3 hari aku dekat Kolej Kejururawatan Taiping Perak. Nak tahu aku buat apa kat sini? Sudah semestinya lah aku kena praktikal. Seronok tak? Hmm.. No komen. Sebabnya?? Huhu.. Banyak la sebabnya..

Antaranya, aku rindu KSKB Ulu Kinta. Especeli *especially, dekat hadek-hadek bulatan gumbira aku, Shahirah, Harwani, Fatimah, Adilah, Azilla, Ezati, Mazni, Malihah, Anishah and ramai lagilah. Wah!! Rindu nak share cerita, rindu nak makan sesama, solat sesama.. Haih~ Tu la orang cakap namanya pengorbanan. Erm, yeke? Boleh la..

Ni tempat dewan kuliah kitaorang. Nampak buruk sikit sebab kena edit kot. Hohoh

Ni la dia, surau al-Hidayah. Tempat aku selalu jumpa hadek-hadek bulatan gumbira.. =)



 Ni dalam Dewan Perdana. Not bad la best. Sebabnya, aku suka main ping pong dalam ni. Heheh
Sekarang ni, aku sibuk dengan praktikal. Dalam 2 hari lepas, aku kerja pagi. balik pukul 2 petang. Serius penat. Balik asrama, mandi, solat dan terus tidur. Kadang-kadang tu, asar baru aku tersedar. Memang sangat-sangat-sangat-sangat-sangatlah tak osem. Sakit kepala kot tidur petang tapi dah penat sangat, memang mata pun cepat aje nak pejam.

Tapi yang bestnya duduk dekat Taiping ni, tempat pergi shopping sangat lah dekat. Jalan kaki 1KM jep. Kalau dekat KSKB, 2.5KM kot. Hujung minggu laratla nak jalan keluar. Tapi kalau petang-petang, memang aku rela jalan dari kuarters pengajar ke bilik aku ajela. Tu pun dah berpeluh-peluh tahap tak hingat. Huhu..

Buat masa ni aku tak dapat nak buat cross *prosedur untuk CI (clinical instructor) nilai. Sebabnya, CI kat wad sekarang ni agak tegas dan dia nak kitaorang buat tu nampak perfect. * Nak jugak mengeluh sebab tension. Ish, tak baik betul..

Lagi satu masalah yang aku kena hadapi bila kena praktikal ialah, masalah aurat. Ni paling aku TENSI!! Mana tak nya, ambil tekanan darah, guna manual. Kalau manual, dah tentulah kena masukkan stetoskop tu dalam telinga. Lagi, kena sinsing lengan baju sampai siku *betul ke aku eja ni? Entah, faham la sendiri eak? ( Sinsing = lipat lengan baju ). Tapi aku ni agak degil la jugak. Coz, aku lipat tak sampai siku pun. Ada jugak akak senior yang tegur. Tapi aku sengaja memantulkan balik ayat akak tu daripada masuk telinga. Ngee~ * Sayang tangan aku woo.. Tontonan hanya untuk yang halal * Cewah~~

Lain-lain hal, in sha Allah tak ada kot. Oh ye! Tentang keputusan aku hari tu, buat masa ni, aku abaikan dulu. Sebabnya, study pun tak habis lagi kot. Lagipun memasak pun tak reti, ada hati nak kahwin, memang tak la. Confirm, kena bebel dengan akak-akak aku. Aku pun ada jugak tanya dengan sorang akak ni. Dia cakap, fokus dekat belajar dulu. Cita-cita dah dapat, baru fikir pasal kahwin. Lagi, dia usik aku * kalau kamu dengan dia pun memang tak salah pun. Ni paling aku malas nak layan. Haih~ Tak payah nak usik sangatla. Kesian kat hati ni. Bagilah dia rehat. Penat dah nak degup laju-laju macam pergi berlari marathon. Plus, aku tak nak letakkan harapan. Nanti aku yang kecewa, orang lain yang bersalah, orang lain jugak yang menangis.

Sekian sahaja, wassalam~

p/s : Pesanan buat diri yang sering alpa. Jaga diri, jaga hati, jaga iman..

2 comments:

  1. salam alaik ya ukhti hasibah hehehe

    waa bestnye dh praktikal! bapak best skolah dia... dewan perdana tu dh ngalahkan stadium negara kat mesir (kot). alhamdulillah kemudahan blajor kat mesia tip top!

    buat praktikal bebaik ye siba!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam warahmatullah..

    x ada la. kolej tu biase j. nmpk aje lawa, tp still ada yg tak complete lg. n peraturan dia pn, 'lawa n bez' jugak..huhu

    iA.. brusaha utk mnjaga dri smasa wt praktikal.. kamu pn baik2 jugak kt mesir..=)

    ReplyDelete