Wednesday, February 25, 2015

Jururawat yang APTB

Assalamualaikum..Selamat pagi.. Semoga kita mulakan hari ni dengan ucapan syukur,doa dan ceria. In shaa Allah, Allah akan permudahkan urusan kita nanti, amin... =)

            Pagi ni alhamdulillah Allah masih bagi aku kesempatan untuk menaip. Rupanya inilah agaknya hikmah akak senior mintak tukar shift. Patutnya aku kerja pagi tapi akak tu mintak tukar, dapatlah kerja petang. So, never mind. Mudah-mudahan pagi aku hari ni terisi dengan perkara yang bermanfaat. Amin..


     Ni masa aku jadi student nurse sem 4. Bertugas di klinik desa. Pengalaman bersama baby, ibu dan bakal ibu. Syok! =D


            Ok,nak cerita apakah hari ni?? Hmm.. Apa kata cerita tentang cik misi a.k.a jururawat a.k.a nurses. Sebelum ni aku banyak terbaca printsreen status kat FB yang kebanyakannya mengutuk, menemplak dan tak berpuas hati dengan kerjaya sebagai seorang jururawat. Serius, aku yang baca ni pun agak kurang berpuas hatilah. Sebab apa?? Meh, aku terangkan.

1) Mengenai isu tukar cadar/lapik merah jambu a.k.a linen protector a.k.a LP/pampers dan e.t.c
- Sungguh, masa aku jadi student dulu, yang aku belajar, cadar, LP, selimut dan sarung bantal hanya akan ditukar pada waktu pagi sahaja. Itu pun kita tengok keutamaan sebab kebanyakan kainan ni jumlahnya limited kalau pada waktu pagi. So, jururawat dan PPK akan tukar semua ni kalau memang dah kotor. Contoh ada darah ke, cebisan makanan yang melekat kat situ dan lain-lain. So,kalau pesakit tu sangat menjaga kebersihan di mana cadar dia masih bersih dan suci untuk dijadikan tempat solat, memang staf tak akan tukar. Maknanya kat sini, pesakit-pesakit yang yakin kainan dorang ni masih bersih boleh teruskan guna kainan tu. Kenalah bertimbang rasa sikit dekat pesakit-pesakit lain yang kainan dorang ni yang tak bersih. Kainan sikit tapi kita bagi pada orang yang kainan dia bersih, tak adil lah kan? 

-Lain-lain hal pulak. Contoh lah korang ni adalah orang yang bertanggungjawab menjaga saudara ( tak kisah lah mak, abah, akak, abang, adik, nenek,atuk, isteri atau suami ) dan korang dapati kainan atau pampers memang kena tukar. It is ok for you to call us and help you. Kami boleh ajar macam mana cara nak tukar semua ni tanpa nak turunkan pesakit tu dari katil ke kerusi kalau pesakit tu tak larat nak bergerak atau memang tak boleh bergerak. Ok, terus terang aku cakap, aku akan terasa kalau pesakit tu ada relative yang jaga tapi semua benda nak harap staf yang buat. Tak bolehlah macam tu. Sebab korang yang jaga, korang kena lah belajar buat jugak semua perawatan untuk pesakit. Nanti kalau pesakit tu boleh balik, siapa yang nak buat semua tu? Kami tak jaga dah. So, ambil lah tanggungjawab tu dari hospital lagi. In shaa Allah tak susah. Amalan lagi berpahala ada. Ni tak, isteri sakit, suami sedap tidur. Harap nurse bawak pergi toilet dan seumpamanya. Dia tu kan isteri anda. Tak sayang dekat dia ke? Masa sihat tahu pulak cari isteri. Bila dia sakit, tinggal macam tu aje. Sampai hati kan buat macam tu?? Tak nak pahala ke? Jaga orang sakit ni memang kena banyak sabar. So, bila kita banyak sabar, in shaa Allah,banyak pahala kita dapat tau..

2) Cik misi tak ada bidang kuasa bagi pesakit balik a.k.a discaj.
- Ramai sangat pesakit suka tanya misi bila dia boleh keluar dari wad. Patutnya soalan ni kena tanya dengan doktor yang bertugas. Ye memang kami jaga pesakit tapi bukan misi yang bagi kebenaran tu. Sebabnya, doktor yang memantau perkembangan kesihatan pesakit. Kalau beliau dapati pesakit tu masih memerlukan rawatan ataupun penyiasatan makmal yang memerlukan pesakit untuk duduk di wad, pesakit memang tak akan dibenarkan discaj. Kalau nak jugak discaj, mintak dengan doktor dan nyatakan sebab-sebab munasabah. In shaa Allah, atas pertimbangan pesakit boleh discaj dengan syarat-syarat tertentu.

3) Cik misi pemalas. Duduk dekat kaunter saje-saje tak buat kerja dan gelak-gelak.
-Ok, ni ada jugaklah yang aku pun kadang-kadang tak puas hati masa aku jadi student dulu. Yelah, student buat kerja, cik misi boleh duduk melonggok kat pantri atau kat kaunter. Sekarang aku baru terfikir. Sebenarnya, dorang nak kita cari pengalaman buat kerja tu dengan banyaknya. Sebab, bila dah kerja nanti dah senang. Dah tahu nak buat kerja apa. Untuk para pelawat pulak, memang ada masa jururawat akan duduk di kaunter untuk menyiapakan laporan dan melihat pesanan-pesanan doktor yang baru kepada pesakit. Masa korang datang melawat ni lah tetiba korang nampak si misi ni gelak-gelak dengan doktor atau staf yang lain dekat kaunter pulak kan. Ok, aku nak tanya. apakah cik misi ni bukan manusia kah? Di mana dia dari awal masuk kerja sampai balik tak boleh tersenyum atau ketawa? Ingat dorang ni robot? Kena 24 jam buat kerja tanpa ada rehat? Mungkin masa dia duduk di kaunter tu sedang membuat laporan pesakit sambil berbual-bual sesuatu yang lucu. So, tak salah kan dia ketawa? Lagipun, masa tu lah dia dapat kurangkan stres. Tahu kan ketawa dapat kurangkan stres? Mungkin tabiat dia gelak or cakap dengan kuat. Nak kata macam mana? Dah dia macam tu. Dia manusia jugak kan? Tak ada siapa ni perfect. Korang dekat tempat kerja korang macam mana? Mesti ada jugak gelak-gelak kan? Tipu tak ada. Nonsense!

4) Bila korang tanya soalan, kadang-kadang cik misi tak terangkan atau cakap tak tahu. Ada kan?
- Ni sebab bukan bidang kuasa dia untuk beritahu. Jadinya, korang kena bertanya dengan senior doktor ataupun pakar yang buat round kat sana. Kalau kau tanya dengan doktor praktikal atau pun cik misi, mungkin dorang tahu dan mungkin dorang tak tahu. So, kalau dorang tak tahu,jangan marah dorang. Kang dorang salah cakap, korang jugak cakap misi cakap tak betul lah apalah. Betul tak? So, cari staf yang betul-betul tahu tentang apa yang korang nak tahu tu, ye??

Masa ni dekat wad kanak-kanak. Ada diantara dorang yang parent tak dapat nak jaga. So, time ni lah nak ajar dan hiburkan dorang.

5) Cik misi dan staf muka masam, tak senyum langsung! Tanya sikit marah. Menyampah...
- Haaa..Ni lagi 1 isu. Pernah jugak aku kena masa jadi student dulu. Tanya sikit marah, aku senyum dia buat muka slumber. Panas weh.. Tapi kan, aku buat macam ni. Aku cakap elok-elok. Kalau aku tersalah, aku mintak maaf. Selalu senyum dan tolong dia. Serius, lepas tu memang misi tu baik dengan aku. Apa yang aku cari or tanya dia jawab elok je. Kadang-kadang dia yang tegur aku dulu. Padahal masa tu, semua kawan-kawan aku tak suka dengan dia. So, kena lah pandai cari taktik nak cakap tu. Dorang ni kadang-kadang sibuk. Bila sibuk stres. Bila stres, sensitif la. Tu yang muka masam mencuka. Lepas tu kau bagi api pulak. Menyala lah dia. Tak salah cakap elok-elok. Tak jatuh standard pun. Aku pun pernah jugak mengamuk masa kerja. Yelah,doktor order macam-macam. Yang aku ni tangan dengan kaki ada sepasang je. Memang terlepas jugak lah ayat panas dan muka ketat aku. Aku rasa sampai sekarang dia anti dengan aku. Ada je salah aku dia cari walaupun tu bukan salah aku. So,ada aku kesah? Aku dah ok sekarang, kau yang cari pasal, kaulah yang sakit. 
By the way, aku dah maaf kan. Malas lah nak simpan sakit hati tu. Kau manusia, aku manusia. Mungkin kebijaksaan kita berbeza tapi kita masih manusia. We need each other. Betul tak?

6) Korang tahu tak cik misi ni punyalah susah nak bercuti dengan family sebab kita semualah.
-Kenapa aku cakap macam tu? Sebab setiap hospital beroperasi 24 jam tanpa henti. Cuba bayangkan, seluruh hospital di Malaysia ni, berhenti daripada beroperasi selama 1 jam. Aku ambil paling singkat lah. Ok, apa akan jadi dengan pesakit yang tenat dan menggunakan ventilator (mesin bantuan pernafasan) untuk bernafas. Tak ke mereka ni akan mati sebab mesin tu tak berfungsi. Pesakit yang menggunakan oksigen pun pasti akan kekurangan oksigen. Lain-lain kes macam sawan, demam panas dan lain-lain. Tu memerlukan rawatan segera jugak. So, bila hospital beroperasi selama 24 jam, staf jugak kena berada di dalam wad setiap masa. Bertukar-tukar giliran bekerja. Kadang-kadang tu staf tak cukup. So, staf yang ada ni kena buat double duty. Macam banjir hari tu, staf yang sama bertugas untuk tempoh yang panjang sebab staf yang sepatutnya bergilir tugasan tidak dapat datang bekerja akibat banjir. Sekarang aku tanya, bila masa dia nak cuti. Ingat misi ni tak ada mak, abah, suami,isteri atau anak-anak untuk dijaga?? Sekolah ditutup, hanya melibatkan guru dan pelajar. Kedai ditutup, pun hanya melibatkan peniaga dan pembeli. Hospital ditutup? Apakah hanya melibatkan pesakit, misi dan doktor sahaja? Jawapannya tak. Sebab ia melibatkan nyawa jugak. Bukan sikit tapi berpuluh malah mungkin menjadi beratus atau beribu. Ok, ni belum kira lagi staf yang bercuti bersalin, cuti sakit dan macam-macamlah. Ingat senang nak cari pengganti seorang jururawat?? Cari orang bekerja di kedai siapa-siapa pun boleh tapi jururawat? Nak jadi jururawat bukan perkara yang senang. Kena masuk training 3 tahun bagi diploma. Dalam 3 tahun tu kena pergi ke bermacam-macam unit. Semua benda perlu tahu dan wajib buat. Tak kira kau lelaki atau perempuan. Ingat misi perempuan tak ada rasa malu ke nak mandikan or tukarkan pamperspesakit lelaki? Malu lah. Pesakit pun malu. Tapi dah kena buat bila diperlukan. Paksa relalah. Nak buat macam mana. So, sanggup ke nak ganti?? Tak semua orang ada kebolehan untuk menjadi jururawat walaupun dia minat. 

Ok lah, rasanya aku nak berhenti setakat ini dahulu lah. Segala perkongsian aku ni kalau ada yang terkasar bahasa, terasa hati atau sebagainya, aku susun sepuluh jari meminta maaf. Aku manusia biasa. Yang banyak lupa dan banyak salahnya. Mana yang bermanfaat tu, ambil lah buat ingatan dan diamalkan. Semoga Allah mengampun dan merahmati kita sepanjang hayat. Amin.. Wassalam..=)

Saturday, February 21, 2015

Ini Semua Tak Ada Kaitan dengan Pakaian Aku, Kau dan Mereka !

Assalamualaikum.. Selamat petang semua =) Alhamdulillah, syukur sangat sangat sebab masih dapat menyedut dan menghembus udara yang percuma ni. Kalau kena bayarlah, agak agak kita mampu tak nak bayar setiap udara yang masuk dan keluar tu ea?? Mesti kita pening memikirkan cara nak cari duit bayar. Yela, cuba bayangkan.. Setiap udara yang masuk dan keluar, dicas RM 0.10. Kadar pernafasan normal manusia antara 16-20 kali dalam masa seminit. Ok, kita ambil yang minima la iaitu 16 kali dalam masa seminit. 

              Meh kita kira sama-sama. Kalau salah kiraan ni, bagitau ea?? Hee.. Aku bab matematik ni slow terlebih. Huhu..


Kita kira untuk 16 kali seminit :


16 x RM 0.10 = RM 1.60


Kalau 1 jam pulak, 


RM 1.60 x 60 = RM 96.00


* 1 jam = 60 minit


Kalau 1 hari 1 malam pulak?


RM 96 x 24 = RM 2304


* 1 hari 1 malam = 24 jam


Kalau setahun??? Berapa ea??


RM2304 x 365 = RM 840 960


* Setahun ada 365 hari. Kalau tahun lompat?? Haha.. Darab la dengan 366.


SubhanAllah! MasyaAllah! Bertapa Maha Pemurahnya Allah pada kita kan? Ni baru kiraan untuk seorang manusia. Bayangkan dalam rumah kita ada berapa orang, haiwan peliharaan, pokok-pokok sekeliling rumah lagi..Dan tu baru setahun. Kita hidup ni dah berapa tahun?? Banyak betul hutang kita. Ya Allah! Tiada 1 nikmat pun yang harus kita dustakan. Betul tak?



           Sebenarnya, aku bukan nak cerita tentang ni. Cuma sekadar berkongsi. Untuk ingatan kita. Yelah, Allah dengan kita langsung tak berkira. Apa yang kita nak, kita dapat tapi rasa syukur? Astaghfirullah.. Kadang-kadang tak terucap pun perkataan 'Alhamdulillah' bila kita dapat sesuatu. Tak kisahlah sama ada berbentuk rezeki ataupun ujian. Sebab tu semua Allah yang bagi. Hikmah dan sebabnya kadang-kadang kita tak tahu pun. Yang kita ni pulak, dengan sesama makhluk, berkira yang teramat. Contoh paling common lah. Pergi kedai makan, ada sekor kucing mengiow mintak sikit makanan. Kita yang berkira ni, biar je buat bodoh dengan kucing tu. Padahal, kalau kita bagi tu, Ya Allah, manalah tahu, kalau syukur kucing tu pun boleh doakan kita? Alangkah ruginyaa..


             Oklah,balik kepada apa yang aku nak cerita sebenar-benarnya. Panjang betul muqaddimah aku ea?? Hee.. Sorry. Macam ni.. Aku nak cerita tentang 1 cerita. Cerita ni aku dengar masa kat sekolah dan 1 program kira macam usrah jugaklah. Siapa pernah terbaca tentang kisah Nabi Muhammad S.A.W dengan seorang rakyat yang buta matanya? Ok, kalau siapa tak tahu, meh aku nak cerita.


           Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.”


         
 Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.

           Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.” “Apakah itu?” tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana,” kata Aisyah r.a.


       
Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?” Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa.” “Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila dia (Rasulullah s.a.w) datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.

       
Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.” Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a, dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

    Ok, cuba bayangkan.. Pada mulanya si buta itu menghina, mencaci dan menghasut orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan Rasulullah S.A.W. Padahal beliau tak nampak akhlak dan diri Rasulullah S.A.W tu macam mana tetapi akhirnya bila beliau mendapat tahu hal sebenar, beliau rasa menyesal dan memeluk Islam. Apa yang cuba aku nak sampaikan kat sini ialah;

        1) Janganlah kau tuduh, hasut atau mereka-reka cerita yang kau sendiri pun tak pasti kesahihannya. Kenalilah dulu latar belakangnya, akhlaknya dan budi bahasanya. Sebab 1 hari nanti, kau pasti akan menyesal dengan apa yang kau dah buat kepada seseorang yang kau aniaya tadi. Ingat! Doa orang yang teraniaya sangat makbul. 

     2) Cubalah untuk berakhlak baik dengan sesiapa pun orang sekeliling kita. Tak kisahlah dia tu baik ataupun tak dengan kita. Mana tahu dengan akhlak kita yang baik ni, orang yang tak baik dengan kita ni, alhamdulillah berubah menjadi baik. Siapa tahu? Yang penting, kita sabar, doa (solat), berserah dan percaya yang Allah tu Maha Berkuasa. Sebab,tak ada perkara yang mustahil bagi Allah.

            Last but not least, aku nak tekankan bab akhlak. Aku bukan orang yang layak untuk bercakap tentang hal ni tapi aku rasa sangat-sangat-sangat penting untuk aku kongsikan. Belajarlah untuk menjadi seperti akhlak Rasulullah S.A.W yang suka tersenyum, sopan dan menolong sesiapa sahaja yang memerlukan. In shaa Allah, kau akan menjadi seorang yang baik. Bersahabatlah dengan orang yang akhlaknya baik, tak semestinya orang yang menutup aurat dengan sempurna tu baik sebab ada jugak yang elok pakaiannya tapi percakapan dan perbuatannya tidak elok. (Tapi mudah-mudahan dengan pakaiannya yang menutup aurat tu, dia berubah untuk lebih menjaga akhlaknya). Kenapa? Sebab bila kita bersahabat dengan mereka yang baik akhlaknya, bila kita nak buat sesuatu yang tak elok,kita akan rasa segan dan kita berlakon buat benda baik. So, bila kita dah selalu berakhlak baik, ia akan menjadi tabiat dan kebiasaan manakala benda yang tak elok tu, kita dapat tinggalkan secara perlahan-lahan. In shaa Allah.. Yang penting kesungguhan dan istiqomah kita.

       Rasanya dah tak ada benda lagi yang aku nak kongsikan. Nanti kalau ada lagi, aku bagitau dekat kucingchan ni, ok?? Mudah-mudahan semua yang baca entri ni mendapat sesuatu untuk diingati dan sama-samalah kita berusaha untuk jadi yang lebih baik ye?? In shaa Allah. Wassalam.. =)

Monday, February 16, 2015

Kepulangan aku ke blog kucingchan

Muka letih, tak larat nak buat kerja apa dah..

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya aku kembali. (Cewah~ Ayat macam hilang tak jumpa aje kan?) Tapi betul lah.. Setahun dah kot aku tak buka blog aku ni. Nasib la laman sarang labah-labah (laman web), kalau laman rumah aku, agaknya dah penuh dengan daun dan sampah sarap.

       Ok, dah lama sangat aku tak menaip, so hari ni aku nak berceloteh panjang sikit lah ea?? Jangan marah pulak. Tapi sebelum tu, baca doa dulu. Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah. Tuhan Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

       Mesti korang pelik kan, apesal lah si Cik ABC terbalik ( Cik Cba) ni lama sangat tak taip blog dia? Actually, aku agak kesibukan. Lagilah sekarang ni dah kerja. 'Ooo.. Dah kerja rupanya dia. Kerja kat mana?' Alhamdulillah.. Bersyukur aku sangat-sangat. Aku dapat kerja di Hospital Kajang unit dewan bedah dan aku sebagai G.A Nurse. ' Apa tu G.A Nurse?' G.A Nurse ni merupakan seorang jururawat yang membantu doktor bius a.k.a anaesthetist dalam pemberian ubat bius sebelum sesuatu pembedahan dibuat (ayat skema). Ok, bayangkan korang nak kena bedah, kalau tak kasi ubat bius agak-agak sakit tak?? Mestilah sakit, betul tak? Ingat tak masa kecik kecik dulu, jari, tangan, kaki or apa-apa bahagian anggota badan korang terkena pisau. Macam mana rasanya? Sedap ke sakit?? Haa, tau pun. Mesti korang cakap sakit punya.Tau dah..(Keh3).


Sakit kepala meh??

      So, bahagian anaesthetic ni lah tersangat-sangat penting bagi seseorang tu lulus atau tak untuk buat pembedahan. Contoh kalau korang ada masalah demam, selsema dan batuk yang kronik, pembedahan korang terpaksa ditunda. Ni pun untuk keselamatan diri korang jugak. Sebenarnya banyak lagi benda yang boleh menyebabkan sesuatu pembedahan tu terpaksa ditunda atau dibatalkan tapi tak payah lah aku cerita. Sebabnya, aku pun tak khatam dan habis cerna lagi. Al maklumlah, pengalaman bekerja tu baru masuk 6 bulan. Kang tersalah bagitahu, sesat pulak jadinya.

     'Pengalaman kerja dalam tu, seronok-ronok tak?' So far, alhamdulillah. Staff sangat-sangat baik. Walaupun ada masa dorang garang, aku anggap tu sebagai dorang sayangkan aku. Dorang nak aku buat yang terbaik dan dorang tak nak aku buat kerja cincai bongcai. Pernah masa mula-mula aku kerja dulu, ada beberapa orang staff ni garang giler. Serius aku kecut perut weh. Rasa tak nak datang kerja pun ada. Tapi, aku buat macam biasa. Dorang tengking or marah, aku cakap minta maaf, aku betulkan balik salah tu dan aku cakap elok-elok. Yang penting masa ni riak muka, main peranan yang sangat-sangat penting. Jangan pernah sekali pun korang tarik muka, menangis, buat muka tak puas hati atau apa-apa reaksi yang menunjukkan korang tengah marah, sakit hati dan apa-apa yang seibu sebapak dengan reaksi buruk ni lah. (AMARAN KERAS!) Betul, korang buatlah baik. Cakap sopan santun, muka senyum, bagi salam. Sungguh, dorang akan baik dengan korang. 


Biar tersenyum terpaksa pun. Nanti lama-lama korang akan terbiasa untuk senyum. Trust me!


      Baru-baru ni aku bercuti 6 hari. Yela dah kerja 4 malam berturut-turut. Mestilah kena cuti rehat. Kalau tak, pengsan weh. Penat tu. Mata panda. Orangnya pun dah jadi macam zombi (Haha). Ok, balik kepada cerita aku. Lepas je cuti tu, aku pun naiklah kerja balik. Nasib kerja jaga pesakit lepas pembedahan kat ruangan pemulihan a.k.a recovery bay. Habis aje kerja, ada sorang akak PPK a.k.a Pembantu Perawatan Kesihatan ni bagitahu aku adalah seseorang ni tanya aku pergi mana sebab  lama tak nampak. Tau siapa cari aku? Orang tu cuma cleaner aje pun kat situ. Tapi mungkin sebab aku dah lama tak ada, dia pun tanyalah. Pelik jugak tiba-tiba ada orang cari.

     Memang kat sini aku nak tekankan sikap bersopan santun, manis muka dan suka tolong orang tu kena ada lah. Sungguh aku ingat lagi, dulu ramai orang yang aku tak suka dalam dewan bedah tu sebab dorang suka marah-marah aku tapi sekarang ni, dorang dah tak marah-marah pun. Sampai aku sendiri pun terkejut. Memang aku rasa syukur sangat-sangat. Mudah-mudahan kekal lah macam ni. Bayangkan kalau hari-hari kena marah, tension tau. Balik rumah nangis, maki-maki sambil mencarut bukan-bukan. Benda aku paling tak suka sekali. Kalau aku memang tak dapat nak tahan, terkeluar jugak lah tapi aku tak cakap kat orang, aku cakap sorang-sorang. (Ok, perangai aku yang ni sila jangan ikut. Aku pun tak tahu lah macam mana boleh ada. Pengaruh bukan-bukan banyak sangat kot tapi serius, aku cuba buang dengan gantikan dengan istighfar dan selawat)




     Semalam aku dikejutkan dengan kata-kata tomahan yang sangat keji dari seseorang. Walaupun dia tak cakap ayat tu kepada sesiapa tapi deria rasa 6th sense aku ni sangat kuat mangatakan ayat-ayat beliau tajam kena dekat hati aku ni. Sungguh aku menangis. Tengah-tengah kerja pulak tu. Nasib dorang tak perasan. Kalau tak, aku nak jawab apa? Balik rumah tu aku terfikir, agaknya apalah salah aku sampai dia tuduh aku macam tu sekali. Cakap dalam telefon pun tak pernah apatah lagi berjumpa. Memang tak pernah langsunglah. Makan ulam jantung aku semalam. Nak makan tak selera, tidur pun lena tak lena. Last-last lepas Isya' semalam aku baca al-Mulk. Sebenarnya, dah lama jugak aku tak baca surah ni. So, dengan tiba-tiba bila sampai dekat ayat yang ke-13 yang bermaksud; "Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati." dengan tak semena-mena aku nangis teresak-esak. Masa aku baca ayat ni aku tak tengok lagi maksud dia. So aku pun teruskanlah baca. Dah habis baca tu baru aku tengok tafsir ayat tu. Aku sangat terkejut. Terkelu, tergamam dan terkaku. Air mata yang dah berhenti tadi datang balik. Allah tu Maha Mendengar weh.. Aku terasa seolah-olah Allah pujuk aku guna ayat ni. Dia nak aku tahu yang Dia tu MEMANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA BERKUASA. Dia nak aku mengadu dengan Dia apa yang dah jadi dekat aku. So, aku pun berserah ajelah kat Allah. Tuduhan yang seseorang tu bagi kat aku, aku diamkan aje. Allah ada. Kalau betul aku salah, Allah pasti tunjuk dan kalau betul aku ni berada di pihak yang betul, pasti Allah akan tunjuk jugak. Aku redha.




     Oh, ye! In shaa Allah dengan restu keluarga daripada kedua-dua belah pihak, aku akan bernikah dengan seseorang ni pada 19 Syaaban 1436 = 6 Jun 2015 ni. Mohon doa daripada korang agar majlis aku tu nanti dipermudahkan dan dapat dilangsungkan dengan sebaiknya. Aku harap sangat doa daripada korang.. Sungguh ucapan terima kasih dari hati aku ucapkan untuk doa korang. 



    Identiti beliau biarlah aku rahsiakan dahulu. Bagi sesiapa yang dah tahu, sekali lagi aku mohon doa. Bagi sesiapa yang belum tahu pun, aku mohon doa jugak. In shaa Allah, lepas sah aku jadi isteri beliau, aku akan update siapakah gerangan beliau berkenaan. 

    In shaa Allah sampai kat sini dahulu aku bercerita. Mana yang elok tu ambil lah untuk dijadikan ikutan tapi mana yang buruk tu, abai-abaikan je ye?? Jangan ambil langsung,please.. 

    Semoga Allah merahmati dan melindungi kita semua. Amin.. =) Assalamualaikum semua..

Sunday, January 26, 2014

Komunikasi Itu Penting Tau..

Alhamdulillah..Nikmat hidup bernyawa atas muka bumi Allah selama 22 tahun. Segala puji-pujian hanya untuk Allah dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w..

Komunikasi?? Siapa yang duduk atas muka bumi ni tak berkomunikasi  untuk berinteraksi antara satu sama lain?? Hmm.. Tak ada kan? Betul tak? Semua makhluk Allah yang bernyawa pasti akan menggunakan alat atau sesuatu untuk berkomunikasi.

Tetiba malam ni aku ditegur tentang komunikasi. Bagaikan pisau menyiang ikan. Darah mengalir sampai ke jari. Macam tu jugak aku rasa. Sakit. Pedih. Ngilu. Menikam. Aku sendiri tak perasan tu adalah kelemahan aku. Iaitu berkomunikasi menggunakan kata-kata yang lembut, tersusun dan tidak menyakitkan.

Bagi sesiapa yang kenal dengan aku, aku merupakan seorang perempuan yang tidak suka berbual dengan orang yang aku tak kenal. Dan aku suka untuk menggunakan kata-kata yang tajam, terlalu jujur dan kadangkala terlepas tanpa berlapis. Dari mana aku belajar?? Mungkin orang-orang sekeliling aku. Cikgu, kawan-kawan, tv, radio. Sebab itu aje yang paling banyak aku dengar compared dengan ahli keluarga aku. 

Mungkin ramai juga yang tahu aku ni kurang sosial dengan kawan-kawan dan saudara-mara. Bermula dengan perpindahan sepupu yang paling rapat dari sebelah rumah ke tempat lain. Aku tak salahkan dia pindah, sebab tu memang dah takdir. Tapi, aku rasa sebab itulah aku kurang untuk bergaul. Aku tak tahu macam mana nak rapat dengan orang. Aku kekok nak mulakan perbualan. Aku tak ada idea untuk bercakap. Semua yang rapat dengan aku, dorang dulu yang mulakan perbualan. 




Dan malam ni aku mempelajari sesuatu daripada seseorang. Walaupun panas, walaupun pedas, tapi dia mengajar aku untuk berkata-kata. Thanks dear! Patut ramai student MA lelaki disukai oleh staff nurse. Rahsianya adalah ayat-ayat manis! Tapi bukan bodek. Berbeza dengan perempuan. Dorang lebih suka menggunakan ayat bodek berbanding ayat yang manis. Yeah! 




Kesimpulannya, belajarlah berkata-kata dengan baik walaupun kau pernah menang award pendebat terbaik or syarahan terhebat. Sebab pasti akan ada seseorang yang akan terasa dengan kata-kata kita. Sekian, wassalam.. =)

#R4BIA

Tuesday, May 21, 2013

Semua cerita tentang sakit!



Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur yang teramat sangat kepada Dia Yang Maha Esa Lagi Maha Berkuasa. Tiada daya dan upaya selain daripada semuanya atas pertolongan Allah.

Uish..Lamanyaa tak hupdate aku punya blog ni.Hujung-hujung sem la baru dapat nak update kan?? Huhu.. Bukan apa, ada aje masa cuma laptop ni tak ada kat tangan aku untuk beberapa ketika sebab ada orang yang lebih memerlukan guna. Serius aku rindu dengan 'pakwe' aku ni. Hehe..

Sekarang ni alhamdulillah, exam final osce,pen and paper dah selamat. Tinggal doa and tawakal ajelah. Semoga semuanya ok dengan flying colours. Memang teringin giler nak dapat pointer 3.5 ke atas tapi tulah, orang kata tak ada rezeki. Tak apalah. Yang penting aku ok dan hidup bahagia. Cewah!!

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan berita abang ipar aku a.k.a suami akak Adawiyah dimasukkan ke wad ICU akibat pendarahan dalam kepala. Macam mana jadi? Mula-mula dia mengadu pening. Tak sure pening kenapa then tetiba jatuh pengsan dalam toilet. Terus hantar ke Hospital Batu Pahat tapi staf kat sana tak boleh buat apa-apa. Hantar pulak ke Hospital Sultanah Aminah. Pun sama jugak. Dorang tak boleh buat apa-apa. Kesian aku tengok. Lagi-lagi anak-anak dia yang masih kecik tu. Sorang 3 tahun dan sorang lagi 2 tahun. Tau ajelah, budak kecik, mana tau apa-apa. Sudahnya, aku dan mak aku yang sedu sedan kat rumah. Serius weh, aku ni jarang giler nak nangis bab-bab ni tapi bila dah start nangis, susah nak berentinya. Wuwu.
Sekarang ni nak cerita tentang hati dan perasaan pulak. Ni lagi aku sedih. Huuu.. Dulu kalau macam terasa sedih, sunyi, bosan dan seumpamanya, aku selalu contact kawan aku sorang ni. Tapi sekarang, aku bukan tak nak cari dia lagi cuma aku takut dia terasa yang aku cari dia time-time macam tu jep. Lagipun dia dah final sem. Tak mau la kacau, kesian dia. Dan,dan, dan.. Huu.. Serius, aku rindu giler dengan kawan-kawan baik aku time sekolah dulu. Tak pelah, masing-masing dah besar dan busy dengan kerja masing-masing. Ok, aku faham.

Time study ni boleh la nak kacau orang. Cuba tengok dah kerja ni. Hmm, memang busy la awok. Siapa-siapa yang hantar kad jemputan time tu, kalau aku tak dapat datang, aku mintak maaf banyak-banyak. Maklumlah, kerja nurse ni cuti dia memang tak banyak. So, aku kena simpan cuti untuk benda-benda penting. Huhu..

Benda lain yang aku nak cerita tentang... Hmm, tak tahu nak bagitau macam mana. Tapi, aku nak cerita tentang pengalaman aku lagi..Huhu.

Macam ni, aku mengaku lah dulu aku selalu jugak buat baik. Banyak buat perkara sunat cuma sekarang.. Memang sedih bila aku tak dapat nak istiqamah dengan amalan-amalan sunat tu. Sebab apa? Sebab banyak sangat benda lagha aku buat dan tak ada orang nak tegur dan ingat kan. Maklumlah, kat rumah, tak ada orang ingatkan guna mulut tapi dorang ingatkan guna amal perbuatan.

Serius, sekali dah involve dengan benda lagha, payah nak mulakan first step untuk buat amal kebaikan. Pernah sampai ada kawan aku tegur aku tapi guna orang tengah. Aku tak kisah nak tegur, cuma tak berkenan sikit bila guna orang tengah ni. Bukan apa, aku nak jugak dengar ayat dia bila berhadapan dengan aku. Kalau dengan orang tengah ni, ayat dia lain. Tak sama 100%. Mungkin dia rasa orang tengah tu cara dia tegur berhemah tapi entahlah. Aku ni kan pelik sikit. Jujur itu lebih baik kot. Pernah tak dengar pepatah arab ni " Berkatalah benar walaupun ianya pahit ".

                * siapa yang tak nak ada orang sayang dan ambil berat?

Ok, sekarang aku nak mengaku jugak. Dulu banyak jugak nasihat dan teguran aku yang agak melampau kat kawan-kawan sendiri. Sama ada rapat or yang tak berapa rapat. Contohnya, aku pernah bagi nasihat dengan kawan aku yang 'terjatuh dalam chenta'.Hohoh.. Topik panas pulak ek! Tapi bila aku pulak yang dah terjatuh, aku nak keluar balik, serius payah. Pernah sampai aku terfikir kat kawan-kawan aku ni," Kenapa kau nak berchenta? Apsal kau tak leh lupakan dia? Kau tak ada akal ke nak fikir? "

Tapi.. Sekarang aku rasa sendiri dan aku jawab balik soalan yang pernah aku tanya dulu. " Aku pun ada nafsu. Bila nafsu tu aku tak dapat nak kawal, jadilah macam ni", "Tak boleh nak lupakan sebab dia banyak tahu tentang aku", "Memanglah aku ada akal tapi kalau tak ada yang ingatkan, kadang-kadang pun aku terlupa dan ikut nafsu" dan aku pernah cakap kat diri sendiri, " Kau tak rasa apa yang aku rasa. Sekali kau dah terasa, baru kau tahu macam mana sakit dan susahnya".

Aku tak pernah salahkan siapa-siapa pun. Cuma aku harap sangat-sangat, Allah masih bagi aku peluang untuk berubah jadi lebih baik dari sekarang dan lebih baik dari yang dulu. Bak kata enchek FH, "Awak pernah terfikir tak kenapa awak jadi macam ni? Mungkin sebab Allah nak jadikan awak lebih baik dari awak yang dulu dan lebih baik dari awak yang sekarang. Bersangka baik dengan Allah". Masa dengar dia cakap macam ni, mata aku dan macam air mata air. Laju jep keluar. Memang betul pun dia cakap.


So, conclusion is : aku kena berusaha sedaya upaya aku untuk jadi lebih baik. Kena baik hubungan dengan Allah maka secara tak langsung, hubungan aku dengan manusia pun akan baik jugak. Selain tu, bersangka baik dalam apa jugak yang terjadi dalam hidup, insyaAllah ada hikmahnya. Cuma nak tahu tu, lambat atau cepat jep. Wallahu 'alam..

P/s: Kawan-kawan, sekali kita dah mula untuk buat kebaikan, insyaAllah kita akan buat kebaikan cuma jangan campur adukkan dengan perkara-perkara yang tak elok dan mendatangkan dosa. Macam hitam dan putih la. Cuba gabungkan, kan jadi warna kelabu.